Jumaat, 3 Jun 2011

Seluar dalam...dalam seluar ...

Dah berbulan-bulan lamanya aku tak post entry apa2 pon..
bukan kerana busy ...tp entahlah...
tetiba dapat hidayah nk tulis pulak..apalagi ilham datang mencurah2
bila aku tengok ja sekeliling semua jadi isu..tp cerita pasal pakaian dalam menjadi pilihan pertama...hehe

Sebagai lelaki dan seorang Muslim, Jumaat menjadi hari wajib aku ke masjid..buat apa lagi kan mesti la solat Jumaat. Aku bukan nk share story pasal pengalaman di masjid..tp di pusat membeli belah..haha..ada kaitan ke?..AAK...

Saja aku nk panjangkan cerita..
sambung balik..lepas balik dari masjid, tetiba anak sedara lelaki aku yang pon pergi masjid sama2 naik moto oren aku..(saja nak story pasal moto lak kan)..xpe nanti aku buat story pasal motor buruk tu..berbalik kepada anak sedara yang cerita tergantung ..dia ajak aku ke pusat membeli belah..aku dah agak dalam kepala ni mesti nk pau ..yang pasti sangkaan aku tepat..tp jgn salah sangka dia bukan nk ajak aku pergi beli seluar dalam ..hee

Sampai di pusat membeli belah tu,apa lagi si budak ni dengan gelojohnya melulu ajak aku ke tingkat 4..nampak sangatkan..adoii...tp tak. anak sedara kesayangan..kerana sayang aku turutkan..sampai di destinasi (tetiba nak nyanyi lagu Destinasi Cinta)...dah2..jgn merepek..

Aku dah tau apa lagi yang dicaridi tingkat 4 tu kalau bukan CD n DVD game..dipendekkan cerita, aku yang bosan ni telah terpandang sebuah kedai menjual pakaian ternama..walaupun duit bakal dibelanjakan utk memuaskan keperluan terdesak si budak tu, aku nk masuk juga cuci mata, orang kampung aku ckp window shoping.

Masuk dalam kedai tu mata aku tercari-cari satu benda yang selalu aku beli kat kedai2 biasa je..nk tau apa??..hahha....seluar dalam la...lalalla...mcm2 warna ada, biru, hijau, kuning, belang2, gambar kartun, batman . Tp aku tertarik dengan pakaian dalam yang berwarna ungu..menarik..tp harganya sangat menarik..haha...leh puasa aku kalo beli seluar dalam tu..bila aku jalan2 lagi tgok kawasan baju rupa-rupanya harga baju yang lebih besar dari saiz ..haha ..lagi murah dari pakaian kecik tu...baru la aku faham bahawa jangan pandang enteng dengan kualiti si kecil..kann...!!...moral of the story...aku nk jadi mcm seluar dalam mahal tu la. even aku ni agak kecil dalam kalangan lelaki seusia tp nak lagi berkualiti ...kecil tp gah.hahha..tetiba....jom mgu depan kita pergi beli sluar dalam tu..






tp lepas keluar dari kedai pakaian duit aku melayang di kedai CD game..demi anak sedara tersayang...huhuhu

Khamis, 11 November 2010

Salam Imtihan...




Salam Imtihan semua sahabat...semoga kita semua akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir nanti. Bersama-samalah berdoa di samping usaha tanpa jemu.

Sempena dengan itu, saya secara individu memohon maaf seandainya melakukan kesalahan kepada sesiapa sahaja. Doakan agar kita semua mendapat apa yang telah kita usahakan..

Ahad, 12 September 2010

Sebuah Kesedaran dari Ucapan Gurau Senda..

Dalam kemeriahan menyambut hari raya, aku mmg bosan sebab terperap je di rumah. Aku di rumah je ada sebab. Sambil melayan kebosanan ini aku layari internet dan mcm biasalah akan on Facebook melihat komen apa yg patut, komen juga yg aku rasa nk komen then accept mana2 request yg aku tgok sesuai dibuat kawan.

Namun tgah aku leka memberikan komen, ada 1 komen tu sunnguh memberi kesan dalam pada aku. Kalau org tersayang ckp aku mcm tu comfirm rasa nk merajuk je, tp sebab yg ni kawan2 ja ..aku terima dan fikir sorang2..kata2 tu memberikan aku sedikit kesedaran tentang siapa diri ini dan terima kasih pada insan itu..

Kata nasihat juga diberikan pada aku dalam sinis..lastly aku faham juga...TQ...

Isnin, 23 Ogos 2010

Bengkel Kompang KUO 2010

Sudah lama tidak menulis blog. Walaupun dalam keadaan yang agak sibuk ni aku tetap gatal jari nak menaip ..hehhe..rasa nak je post cerita or kejadian yg dah aku lalui.
So utk meneruskan niat suci ini..(suci lagi bersih) aku nk postkan cerita pasal acara yang telah aku anjurkan pada 14 Ogos lalu jika tak silap perkiraan. Event ni aku merangkap Timbalan Pengarah assist Yoges ..


Inilah Pengarah Programnya...


semua pesertanya perempuan...nasib baik mirul datang..hehe..tenaga pengajarnya laki2..eh lupa lak nk perkenalkan..yg menjadi tenaga pengajar or penceramah utk bengkel ni ialah En Muzammil bin Mahil. Beliau juga adalah Felo Kolej Ungku Omar, so felo turunkan ilmu pada anak2 la ni..tq En Muz sebab sudi hadir dan kongsi ilmu pada semua peserta ...



En Muz tekun ngajar....





Ahad, 4 Julai 2010

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)

Hai semua..hehe..
Bermula 20 hb Jun hingga 1 hb Julai aku dan empat lagi member 1 universiti telah menjalankan ROS di sekolah yang telah menjadi tempat kami semua mendapat ilmu sejak form 1 iaitu SMK Changlun, Kedah.

Best la selama 10 hari di sana..dilayan dengan mesra, dapat bantu guru, ringankan beban pihak sekolah dan berjinak2 dgn dunia perguruan. Aku dapat banyak info dari guru2 yg telah lama mengajar tentang dunia pendidikan. Pelbagai nasihat dan panduan diberikan kepada aku dan rakan2 yang lain.


kat bilik meeting..peace..


Pose kat laman sekolah..ehhe


Kenangan sebagai cikgu dalam masa 10 hari tersebut even blum lagi jadi cikgu yg terlatih adalah sangat manis..

Bila pelajar said "terima kasih cikgu"..rasa senang hati..
Selain layanan yang baik dari guru2,students kat SMKC pon tak ada maslah sangat..setakat nakal sikit2 tu biasalah..remaja mmg begitu..


Hari tarakhir di SMK Changlun,.,

Sekalung terima kasih pada warga SMKC yang membantu secara langsung atau tidak langsung ..kepada pihak pengurusan sekolah, pekerja pejabat, guru2, kaunselor dan tak lupa anak2 muridku yg telah beri kerjasama pada cikgu selama 10 hari di sana.

Insyaallah ada masa kita semua jumpa lagi..

Keep in touch...

Khamis, 24 Jun 2010

Ku Ada Kamu

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Rabu, 16 Jun 2010

BaKtIsIsWa PerdaNa

masa kutip getah beku..aku pose jer heheh..



ni pic ngan seniorku yg juga adik beradik angkatku di sana..


ni gambar dengan mak dan adik2 angkat..abah tak ada pergi kerja..


lima hari empat malam pada bulan Mei lepas bermula 22 hb aku dan rakan seuniversiti lain telah jalankan BAKTISISWA PERDANA di Gerik, Perak. Best gak la aktiviti di sana..dapat turun sungai tepi rumah atuk angkat, jalan2 ngan mak dan adik2 angkat, tolong gotong royong sekitar kampung serta macam2 lagi..nice la kampung2 yg kita org pergi tu..Di sini ada beberapa gambaran visual aku sertakan...