Sabtu, 13 Mac 2010

Menelusuri abad pertama hingga ke-14 Masihi

Pada tanggal 26 hingga 28 Februari yang lalu, aku bersama rakan-rakan dengan diiringi oleh ketua jabatan, penyelaras kursus dan pensyarah lain telah pergi ke Negeri Jepalang Padi iaitu Kedah untuk memenuhi tuntutan kursus kertas major universiti yang diambil pada semester ini.

Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh sahabatku Suhaidi yang juga turut serta dalam kajian lapangan ini. Kami bertolak pada awal pagi hari ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w. Tempat yang di tuju ialah sekitar kawasan kajian protosejarah iaitu di Lembah Bujang, Merbok, Kedah.

Banyak input yang diperoleh hasil kajian kami di sana. Di sini saya sertakan gambar ketika di sana kerana pembaca rasanya lebih suka melihat gambar dari membaca. Apa orang kata..Kecerdasan Pelbagai jenis visual...mari sama-sama kita lihat ya...






Tiada ulasan: